Sudah lama tidak membuat penampilan umum selepas berkahwin, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang keberadaan Song Joong-ki kini.
Terbaru pada 11 April, Song Joong-ki dilihat sedang menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Mexico, bersama isterinya Katy Louis Saunders.
Khususnya, gambar Song Joong-ki sedang bergambar dengan pasangan Mexico Chantal Andere dan Enrique Rivero Lake, telah tersebar secara meluas di platform Weibo.
Bagaimanapun, penampilan kurus pelakon lelaki itu telah membuatkan ramai peminat risau dan dia sepertinya telah kehilangan banyak berat badan dalam tempoh yang singkat.
View this post on Instagram
Namun, ada juga yang meneka bahawa penurunan berat badan Song Joong-ki adalah sebahagian dari proses untuk penggambaran filemnya akan datang “My Name is Loh Kiwan”.
Dalam filem tersebut, Song Joong-ki akan memainkan peranan sebagai seorang lelaki muda yang melalui pelbagai pasang surut dalam hidupnya dan penampilan kurusnya ini mungkin akan lebih membantu untuk menghidupkan watak berkenaan.
Semoga sihat selalu Song Joong-ki!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉