Ikuti Kami:

“Saya Nak Banyak Kali Keluar Dating Dengan Isteri Sebelum Jadi Ayah” – Song Joongki

“Saya Nak Banyak Kali Keluar Dating Dengan Isteri Sebelum Jadi Ayah” – Song Joongki

Seronoknya bila tengok kehidupan bahagia Song Joong-ki sekarang, kan?

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah GQ Korea, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak mengenai kehidupannya kini.

Umum pasti mengetahui bahawa pelakon lelaki itu sudah pun berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Katy Louise Saunders dan bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

Ketika sesi temu bual, dia ada berkata,

Saya telah bercakap mengenainya dalam temu bual sebelum ini, tetapi membina keluarga dan mempunyai anak adalah matlamat terbesar dalam hidup saya.

song joongki

Kemudian, ketika ditanya tentang pelannya pada musim bunga ini, Song Joong-ki menjawab,

Ini musim bunga terakhir sebelum saya menjadi bapa jadi, saya benar-benar ingin keluar dating banyak kali dengan isteri saya. Banyak kali.

Sweet la Song Joong-ki ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...