Nampaknya, akan ada ramai artis Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada 2023 nanti!
Terbaru, penyanyi rap yang popular dengan lagu “Any Song” dan “New Thing” iaitu Zico, telah diumumkan bakal membuat persembahan di Malaysia, menerusi ‘ESCAPISM Music Festival’.
Menurut entri yang dikongsi di laman MELOSAGA, Zico akan hadir menemui peminat di Malaysia pada 14 Januari 2023, di MIECC Seri Kembangan.
https://twitter.com/theseoulstory/status/1591389783162748928?s=20&t=egr2lEKoa8QpOk8SgBv3bw
Jika anda tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Zico, jangan lupa follow MELOSAGA untuk dapatkan segala butiran dan info lanjut.
Jangan lepaskan peluang tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.