Utama K-Pop Lagu Viral Zico ‘New Thing’ Untuk ‘Street Man Fighter’ Dominasi Carta Muzik...

Lagu Viral Zico ‘New Thing’ Untuk ‘Street Man Fighter’ Dominasi Carta Muzik Korea

zico new thing

Kembali dengan single baru “New Thing”, Zico telah membuktikan dirinya sebagai penyanyi yang sering melancarkan muzik hit.

Pada 6 September, Zico telah melancarkan single “New Thing” yang diterbitkannya sendiri, juga merupakan lagu misi untuk program Mnet “Street Man Fighter”.

Terbaru, lagu tersebut telah berjaya berada di No.1 Carta Lagu harian MelOn, setelah debut dalam carta di No.83.

Bukan itu sahaja, bagi Carta Harian Genie dan Carta Lagu Mingguan MelOn, “New Thing” debut No.1 pada 22 September. Sama seperti Carta Harian Bugs dan FLO, lagu tersebut telah berada di No.2. Mengagumkan!

Sementara itu, cabaran tarian untuk “New Thing” sedang popular di sosial media kini, dengan idola popular seperti ITZY, TXT, NCT dan ramai lagi telah menonjolkan bakat tarian mereka.

Tahniah Zico!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...