Pada 27 Oktober, muzik video Zico untuk lagunya “Any Song” telah berjaya melepasi 100 juta tontonan di YouTube.
Ini secara rasmi menandakan kali pertama Zico mencapai 100 juta tontonan untuk muzik video lagunya sejak debut.
Apabila lagu Zico “Any Song” pertama kali dikeluarkan pada Januari tahun lalu, ia mendahului carta muzik Melon selama 52 minggu, dan menguasai sepenuhnya carta muzik Korea Selatan. Lagu itu juga memecahkan rekod peribadi untuk Zico sebagai lagu yang menduduki tempat pertama pada carta muzik untuk masa yang paling lama.
Walaupun Zico tidak mempromosikan lagu tersebut di mana-mana program siaran muzik, ianya masih berjaya menduduki tempat pertama pada carta digital, muat turun carta dan carta penstriman pada masa ia dikeluarkan. Tahniah kepada Zico!
Ada yang masih buat “Any Song” challenge tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.