Ikuti Kami:

Yuri SNSD Dikecam Bercuti Di Jeju, Tapi Kenapa?

Yuri SNSD Dikecam Bercuti Di Jeju, Tapi Kenapa?

Ahli kumpulan Girls’ Generation dan pelakon, Yuri, telah memadamkan hantaran yang mengandungi gambar yang mencetuskan kontroversi.

Terbaru, wanita itu telah memuat naik beberapa foto dan video di akaun peribadinya dengan kapsyen ‘PARTY’.

Dalam gambar yang dikongsikan, Yuri kelihatan menikmati masa lapangnya di Jeju. Namun, terdapat kontroversi mengenai gambar yang menunjukkan dia mengambil gambar kenangan di atas tetrapod di pantai Jeju, yang mana kawasan itu adalah kawasan larangan masuk.

Tetrapod adalah struktur besar yang dipasang untuk melindungi pemecah ombak daripada ombak kuat di mana ia juga dikenali sebagai ‘lubang hitam laut.’ Ini kerana sekali terjatuh ke dalamnya, hampir mustahil untuk melarikan diri.

yuri jeju

Struktur ini licin disebabkan oleh kelembapan dan lumut, serta lebih tinggi daripada ketinggian orang dewasa, jadi jika seseorang terjatuh, sukar untuk keluar sendiri dan sukar untuk ditemui.

Oleh itu, larangan telah dikenakan untuk mencegah kemalangan keselamatan. Pelanggaran peraturan ini boleh dikenakan denda hingga 100,000 won (RM345).

Ish ish.. kena lah berhati-hati..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSport News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...