Selepas keluaran lagu “Forever 1” pada 2022, pasti ramai peminat yang menantikan kemunculan semula Girls’ Generation.
Baru-baru ini, Yu-ri telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filem barunya “Dolphin”.
Ketika sesi temu bual, wanita itu ada bercakap tentang rancangan ahli untuk keluaran album baru Girls’ Generation. Kongsinya sambil ketawa,
Ahli-ahli ada banyak bercakap tentangnya sesama mereka. Kami bercakap tentang perkara seperti ‘Bila kita harus comeback?’ atau ‘Patut tak kita kembali dengan konsep macam ni?’. Tetapi ia tetap tidak menjadi pada akhirnya.
Kemudian, Yu-ri turut akui bahawa ianya merupakan satu kebanggaan untuk menjadi sebahagian dari kumpuan tersebut,
Walaupun ketika saya berasa sedih, saya berasa kuat kerana fikir ‘Oh betul, saya berada dalam Girls’ Generation’. Saya terus yakin.
SONE akan setia menunggu SNSD!