Ikuti Kami:

YouTuber Ambil Nyawa Sendiri Semasa ‘Live’ Selepas Terlibat Dalam Satu Pergaduhan

YouTuber Ambil Nyawa Sendiri Semasa ‘Live’ Selepas Terlibat Dalam Satu Pergaduhan

Tidak semua perkara yang ditunjukkan di media sosial adalah indah dalam dunia realiti.

Pada Jun yang lalu, negara Korea digemparkan dengan satu kes di mana seorang YouTuber membunuh dirinya sendiri, semasa sedang membuat strim secara langsung.

Kronologi

YouTuber Korea Selatan Lim Ji-hye, dikenali dalam talian sebagai BJ Imvely, duduk bersendirian di rumahnya pada 11 Jun. Dia sambil menangis menjelaskan emosinya kepada pengikutnya dalam strim langsung, dengan meminta maaf kepada keluarganya. Selain itu, Lim Ji-hye juga menyatakan mahu berhenti daripada kerjayanya pada ketika itu. Kesunyian memenuhi siaran selama kira-kira 20 minit sehingga ada yang menghubungi paramedik untuk melihat keadaannya.

youtuber korea bunuh diri semasa live

Menurut laporan daripada penonton yang menonton strim langsung itu, Lim Ji-yye yang menangis kemudian menulis nota bunuh diri sebelum meminta maaf dan meninggalkan kamera. Sebelum strim langsung itu tamat, ada yang mendengar Lim Ji-hye meminta untuk mendapatk gunting. Lim Ji-hye dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, dan meninggal dunia pada 18 Jun semasa berusia 37 tahun.

youtuber korea bunuh diri semasa live

Petang sebelum Lim Ji-hye membuatan strim langsung tersebut, dia telah muncul dalam satu lagi siaran langsung bersama rakan-rakan strim yang lain. Ketika itu mereka dilihat sedang minum minuman beralkohol, serta Lim Ji-hye dilihat terlibat dalam pergaduhan dengan seorang wanita di parti itu. Lim Ji-hye pulang ke rumah beberapa jam kemudian dan menjadi hos siaran langsung menerusi akaun miliknya. Pada ketika itu dia kelihatan penuh emosi sehingga membawa kepada percubaan membunuh diri.

Motif pergaduhan di parti

Sehingga kini, masih tiada penjelasan kepada umum tentang motif pergaduhan Lim Ji-hye di parti terbabit. Walaupun dikatakan pihak polis sudah meneliti punca pergaduhan itu.

youtuber korea bunuh diri semasa live

Lim Ji-hye yang juga merupakan seorang model memulakan kerjaya pada tahun 2006 melalui majalah Maxim. Pada tahun 2013, model itu bekerja untuk Road FC sebagai ‘ring girl’ dan dia telah berkahwin pada 2014 tetapi bercerai tidak lama kemudian. Selepas kematian, Lim Ji-hye meninggalkan dua anak perempuan yang kini dijaga oleh keluarganya.

Semoga Lim Ji-hye tenang di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...