Ikuti Kami:

Tiada Kasih Bapa, Bayi Ini Diberi Ubat Tidur Oleh Ayah Sendiri Sehingga Meragut Nyawanya

Tiada Kasih Bapa, Bayi Ini Diberi Ubat Tidur Oleh Ayah Sendiri Sehingga Meragut Nyawanya

Sanggup bapa bertindak kejam terhadap anak sendiri yang masih bayi.

Kes ini berlaku pada bulan Januari 2023.

Kronologi

Kejadian ini terjadi di daerah Daejeon di mana, seorang bapa memberi susu formula kepada anak perempuannya yang berusia 100 hari. Susu formula itu dicampur dengan pil tidur bersama Zolpidem. Zolpidem adalah ubat yang digunakan untuk membantu orang tertidur dan hanya boleh digunakan untuk orang dewasa sahaja. Tambahan, didedahkan bahawa bapanya mendapatkan pil tidur itu dari sebuah hospital.

Ketika bayi itu dalam keadaan kritikal, bapanya memegang anak perempuannya tetapi tidak meminta sebarang bantuan daripada pihak berkuasa walaupun menyaksikan bayi itu muntah selepas pengsan.

Bapa yang dikehendaki kerana terlibat dengan beberapa kes penipuan, memilih untuk tidak melaporkan kejadian itu kerana takut ditangkap. Akhirnya, anak perempuannya meninggal dunia akibat sesak nafas impak daripada pengambilan ubat itu.

Soal Siasat

Semasa disoal siasat, bapa itu menyatakan bahawa dia tidak sengaja meletakkan ubat tidur ke dalam minuman anaknya yang masih kecil itu. Tambahnya, dia tinggal di bangunan bawah tanah, jadi walaupun pada siang hari, rumah itu gelap.

Dia tidak sengaja memasukkan ubat tidur semasa membuat susu formula untuk bayinya. Selain itu, dia juga ada menyatakan bahawa dia sempat melakukan bantuan pernafasan untuk selamatkan bayi itu.

Dia didakwa di mahkamah kerana meninggalkan anak perempuannya tanpa pengawasan selama sejam, dalam keadaan bayi itu muntah dan susu keluar dari hidungnya. Selain itu, alasan yang diberi dia meninggalkan kanak-kanak itu kerana takut ditangkap tidak meyakinkan pihak mahkamah.

Hukuman

bapa bunuh bayi guna ubat tidur

Selama perbicaraan berlangsung, bapa kepada bayi malang itu berkeras bahawa dia secara tidak sengaja mencampurkan pil tidur dalam susu formula anaknya dan menafikan pertuduhan membunuh ke atasnya. Bagaimanapun, mahkamah tidak menerima dakwaan bapa itu. Akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun di atas perlakuan kejam bapa itu.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...