Ikuti Kami:

Kerana Terlalu Sayang, Wanita Ini Simpan Jari Kanak-Kanak Untuk Beri Pada Kekasih

Kerana Terlalu Sayang, Wanita Ini Simpan Jari Kanak-Kanak Untuk Beri Pada Kekasih

Kita tidak boleh sesuka hati mempercayai semua orang.

Ada satu kes di Korea, di mana pasangan ‘lesbian’ ini membunuh seorang kanak-kanak berumur 8 tahun. Apa motif pembunuhan? Baca perkongsian KimchiDaily di bawah.

Kronologi

Kes ini bermula apabila dua orang wanita yang dikenali sebagai Kim Ji-yeon berusia 17 tahun dan Park Ji-hyun, 19 tahun. Mereka berjumpa di satu komuniti yang dipanggil ‘Venice Occupation’, di mana ia merupakan satu permainan. Permainan ini sangat tidak digalakkan kerana temanya sangat ‘gelap’. Salah satu tugasan yang perlu diselesaikan adalah menyediakan makanan untuk mangsa culik sebelum mereka dibunuh.

Park Ji-hyun ada menyatakan hasrat bahawa dia mahu memiliki ‘mayat’. Perwatakan wanita ini juga sangat pelik kerana dia suka memerhati kanak-kanak yang bermain di taman permainan.

bunuh kanak kanak korea

Pada tahun 2017, di taman permainan kanak-kanak, Kim Ji-yeon didekati oleh seorang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak itu meminta izin untuk pinjam telefon bimbit dan menghubungi ibunya. Namun Kim Ji-yeon menipu dengan berkata telefon bimbitnya telah kehabisan bateri. Merasakan dia mempunyai peluang, Kim Ji-yeon menjemput kanak-kanak itu ke rumahnya dan menggunakan telefon di situ.

Tanpa rasa teragak-agak, dia mencekik kanak-kanak itu hingga mati di rumahnya dan menyembunyikan mayat di atas bumbung pangsapuri terbabit. Semasa melakukan jenayah, Kim Ji-yeon menghantar pesanan mesej kepada pasangannya mengatakan,

Saya sudah dapat dia, dia hidup dan saya telah mencekik dia.

Mayat dihapuskan

Selepas berbincang bersama Park Ji-hyun, Kim Ji-yeon buang beberapa bahagian badan mangsa ke dalam tangki air yang besar di atas bumbung pangsapuri didiaminya. Selepas itu, Kim Ji-yeon berjumpa dengan Park Ji-hyun di daerah Hongdae dan membawa bersamanya satu beg kertas hitam. Beg kertas itu berisi bahagian jari mangsa dan beberapa organ lain.

Laporan kehilangan

Keluarga mangsa berasa sangat risau kerana anaknya tidak pulang ke rumah kerana pada ketika itu hari sudah lewat. Disebabkan itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis di atas kehilangan anak mereka. Tanpa melengahkan masa, pihak polis terus membuat siasatan dan menjejaki semua kamera litar tertutup di sekitar kawasan taman permainan terbabit.

News Focus] Teen murderer may be faking mental illness

Tanpa mengambil masa yang lama, polis berjaya mendapatkan rakaman mangsa bersama Kim Ji-yeon. Pihak polis juga menjumpai mayat mangsa yang dihapuskan di dalam tangki air pangsapuri itu. Disebabkan ada beberapa perkara yang mencurigakan, pihak polis mengenal pasti dan berjaya menahan Kim Ji-yeon pada hari yang sama.

Suspek

Park Ji-hyun merupakan pasangan yang dominan manakala Kim Ji-yeon pula hanya menurut segala yang diperintah oleh pasangannya itu. Semasa ditahan oleh pihak polis, Park Ji-hyun ada bertanya satu soalan kepada Kim Ji-yeon bahawa adakah dia akan disabitkan kesalahan di dalam kes ini. Disebabkan rasa sayang, Kim Ji-yeon berkata dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak melibatkan Park Ji-hyun.

bunuh kanak kanak korea

Kim Ji-yeon semasa perbicaraan telah mengaku mencacatkan mayat gadis itu dan menyerahkan sebahagian daripadanya kepada Park Ji-hyun. Tambahnya lagi Park Ji-hyun mengarahkannya untuk melakukan pembunuhan itu. Park Ji-hyun mengaku meninggalkan mayat itu tetapi tidak berkata, bersubahat dengan pembunuhan itu.

Hukuman

Kim ji-yeon dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana menculik dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun. Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup yang lebih berat ke atas Park Ji-hyun. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan mereka memakai alat pengesan lokasi selama 30 tahun.

Kisah ini diadaptasikan di dalam sebuah K-Drama bertajuk “Juvenile Justice” pada episod pertama.

Semoga ada pengajaran daripada kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...