Ikuti Kami:

Nafsu Binatang, Remaja Perempuan Ini Dirog*l Beramai-Ramai Di Korea

Nafsu Binatang, Remaja Perempuan Ini Dirog*l Beramai-Ramai Di Korea

Negara Korea pernah digemparkan dengan satu kes jenayah yang sangat kejam.

Kes rogol ini sangat kejam kerana bukan hanya seorang yang menjadi suspek malah sampai mencecah 40 orang.

Kronologi

Kejadian ini berlaku pada Jun 2003 di mana seorang remaja perempuan dikenali sebagai Choi, bertemu dengan lelaki bernama Park. Mereka berdua hanya mengenali masing-masing tanpa pernah berjumpa depan-depan. Park merupakan seorang lelaki yang nasib bersekolah menengah.

Pada Januari 2004, Park mengajak Choi untuk bertemu di rumahnya di Miryang. Disebabkan Choi berasa ingin mengenali Park dengan lebih mendalam, dia bersetuju untuk berjumpa.

Apabila sudah sampai di rumah, Park terus memukul kepala Choi dari belakang menggunakan paip besi dan remaja perempuan itu terus pengsan. Pada ketika itu, Park tidak keseorangan tetapi bersama 11 orang rakannya. Mereka semua ini merupakan sebahagian daripada ‘Kumpulan Remaja Miryang’, yang juga terkenal dengan beberapa kes serang dan merompak.

kes rogol beramai-ramai di miryang

Setelah mengesahkan bahawa Choi telah pengsan, 12 orang lelaki itu termasuk Park membawa Choi ke sebuah motel terdekat. Di motel inilah mereka melakukan perkara kejam ke atas Choi iaitu seorang demi seorang merogol remaja perempuan terbabit.

Apa yang lagi keji, perbuatan terkutuk ini direkod menggunakan camcorder dan telefon bimbit. Choi juga diugut jika dia cuba untuk melarikan diri atau memberitahu sesiapa tentang hal ini, video seksualnya akan disebarkan di internet.

Bukan sekali itu sahaja, Choi dirogol berkali-kali oleh lelaki berlainan. Selain itu, mereka juga memaksa untuk melakukan hubungan seksual bersama Choi di taman permainan dan gelanggang tenis. Tambahan, dia juga didera menggunakan pelbagai jenis objek.

Kantoi  

Choi membuat keputusan untuk mengambil nyawa sendiri dengan menelan pil tidur dalam kuantiti yang banyak. Dia dibawa ke hospital namun, umurnya masih panjang kerana dia hanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sahaja. Selain itu, doktor berasa sangat curiga dengan lebam yang berada di bahagian badannya. Di sinilah segala rahsia Choi dan Park terbongkar.

Pada November 2004, mak cik saudara Choi melaporkan hal ini kepada pihak polis. Pihak polis melakukan siasatan, polis mendapati bukan Choi sahaja yang menjadi mangsa tetapi ada lagi 5 orang perempuan yang terlibat sama.  Tetapi, kesemua suspek tidak berjaya diberkas serta merta dan hal ini telah menyebabkan kebocoran identiti Choi kepada orang awam.

Choi berdepan trauma yang tiada kesudahan kerana tiada sekolah akan menerimanya sebagai pelajar, oleh sebab status ‘mangsa rogol’. Lagi menyedihkan, ada polis yang bertanya kepada Choi sama ada dia yang memikat lelaki-lelaki terbabit ataupun sebenarnya dia dipaksa.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan daripada orang ramai kerana sepatutnya polis menjaga Choi dengan sebaiknya. Ada juga sumber menyatakan bahawa bapa Choi merupakan seorang penagih arak dan selalu memukul Choi.

Nasib Choi

Disebabkan trauma teruk yang dihadapi Choi, dia dihantar ke hospital psikiatri. Bapanya ada melawat dan memaksa Choi untuk menandatangani perjanjian untuk menarik semula kes terbabit. Tambahan, dia akan diberi wang pampasan sebanyak RM176,700 dan Choi terpaksa untuk bersetuju.

Akan tetapi, wang pampasan itu 100% diguna oleh bapa dan saudara maranya yang lain. Dia juga dipaksa untuk menandatangani petisyen kelonggaran hukuman kepada suspek.

Laporan pihak polis

kes rogol beramai-ramai di miryang

Menurut pihak polis, Choi dirogol sebanyak 10 kali oleh 3 sehingga 24 pelajar sekolah menengah dalam satu masa. Tambah pihak polis, dalam setahun sekurang-kurangnya 44 orang lelaki merogol Choi. Remaja perempuan itu juga disuruh untuk membawa adiknya yang berusia 13 tahun serta sepupunya, 16 tahun untuk menjadi mangsa rogol mereka.

Tidak lama selepas itu, suspek ada memuat naik video seksual Choi di internet dan ini menimbulkan kemarahan serta malu terhadap Choi.

Hukuman

Secara umumnya, hanya lima suspek dihantar ke pusat tahanan juvana, dan tiada seorang pun disabitkan dengan tuduhan jenayah. Pada tahun 2012, diketahui bahawa rakan wanita salah seorang pelaku telah menjadi pegawai polis.

kes rogol beramai-ramai di miryang

Korang boleh tonton filem Korea bertajuk “Han Gong-ju”, untuk ketahui gambaran sebenar tentang apa yang dilalui oleh gadis itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...