Ikuti Kami:

Diadaptasi Dari Kes Jenayah Sebenar, Wajib Tonton 4 K-Filem Genre Thriller Ini

Diadaptasi Dari Kes Jenayah Sebenar, Wajib Tonton 4 K-Filem Genre Thriller Ini

Korea Selatan dikenali sebagai negara yang agak selamat. Walau bagaimanapun, jika melihat kepada kadar jenayah sebenar di Korea, korang akan mendapati bahawa ia sebenarnya tidak begitu selamat.

Oleh kerana ingin memberi gambaran yang jelas kepada orang ramai, ada beberapa kes jenayah kejam di Korea Selatan diadaptasikan menjadi K-Filem.

Memories of Murder

Pada tahun 1986, dua detektif berfikiran sederhana yang ditugaskan untuk membuat siasatan tentang pembunuhan terbesar di satu wilayah Korea Selatan. Tetapi apabila pembunuh itu membunuh beberapa kali lagi dengan corak yang sama, para detektif menyedari bahawa mereka sedang mengejar pembunuh bersiri pertama yang ada di negara itu. Dengan hanya bergantung pada kemahiran dan alatan asas mereka, Park dan Cho cuba mengumpul petunjuk dan menyelesaikan kes dengan sebaiknya.

Filem ini diadaptasi daripada kes jenayah yang dilakukan oleh pembunuh bersiri iaitu Lee Chun-jae. Kes ini dapat diselesaikan selepas 30 tahun jenayah dilakukan.

Children

kfilem berdasarkan kisah benar

Filem ini berdasarkan kes benar dari awal 1990-an yang dikenali di kalangan orang Korea sebagai ‘kehilangan anak-anak katak’. Pada tahun 1991, lima pelajar sekolah rendah memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka ingin keluar mencari telur salamander di gunung berhampiran sebelum mereka didapati hilang. Kes menyayat hati ini sehingga sekarang masih tiada pengadilan untuk kesemua mangsa.

The Chaser

“The Chaser” adalah berdasarkan pembunuh bersiri kehidupan sebenar Young Cheol-yoo yang disabitkan kesalahan pada tahun 2005 kerana membunuh 20 orang. Filem ini menggambarkan bekas germo detektif Jung-ho yang marah kerana gadisnya terus menghilangkan diri tanpa menjelaskan hutang mereka. Dia ditangkap kerana terlibat dengan satu kes jenayah namun dibebaskan dan mempunyai masa 12 jam untuk menangkap suspek sebenar yang membunuh gadis yang dibelanya.

Hope

“Hope” menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang periang telah menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki gelandangan. Ia merupakan salah satu karya yang boleh membuat penonton menangis teresak esak. Hal ini kerana, apa yang menimpa ke atas kanak-kanak dan ibu bapanya itu sama sekali tidak patut. Ianya bermula apabila lelaki gelandangan terserempak dengan budak perempuan itu ketika dia dalam perjalanan ke sekolah. Tanpa rasa belas kasihan, dia merogol serta mendera secara seksual ke atas kanak-kanak terbabit.

Korang kena bertabah tau masa tonton semua filem ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...