Pengakhiran musim pertama “Shadow Detective” yang kurang memuaskan nyata membuatkan penonton tak sabar menantikan tayangan musim keduanya.
Dalam musim lalu, siri Disney+ ini membawa kisah kehidupan detektif veteran Kim Taek-rok (Lee Sung-min) yang dituduh membunuh selepas dihubungi seorang ‘rakan’ sebelum persaraannya.
Musim kedua lebih berdebar
Bermula dengan debaran, walaupun Kim Taek-rok kelihatan tenang di luar selepas dihantar ke Unit Jenayah Wanita dan Juvana namun detektif veteran itu tetap cuba menyelongkar kes lalu dalam diam.
Lelaki itu kemudian kembali bertemu dengan anak buahnya dahulu iaitu Seong-ah (Kyung Soo-jin) dan Kyung-chan (Lee Hak-joo) dan mereka terpalit dengan kes jenayah melibatkan anak-anak muda yang kehilangan arah. Ha-na yang ditangkap kerana lari dari rumah dan mencuri sekadar suk-suka bagaimanapun menempah bahaya apabila merempuh masuk pejabat seorang ahli perniagaan, Woo.
Woo yang sebenarnya menyimpan rahsia yang gelap, terpaksa menekan Ha-na untuk jawapan mengenai kehilangan satu USB (pemacu kilat). Walau bagaimanapun, Seong-ah yang tidak berpuas hati dengan hal berkenaan cuba menyiasat ahli perniagaan itu namun tanpa sengaja tercedera dek pengeboman yang berlaku di pejabat berkenaan.
Kim Taek-rok yang sedang dalam panggilan dengan Seong-ah pada ketika itu terus bergegas ke tempat kejadian dan menjadi antara suspek utama kes itu apabila dia merupakan pemanggil terakhir dalam rekod panggilan anak buahnya itu.
Kes semakin rumit, apabila Kim Taek-rok cuba membongkarkan kisah sebenar disebalik kes ini selain berharap agar Seong-ah bangun dari koma.
Pasti memuaskan
Bukan sahaja kes ini, penonton turut tak sabar menantikan pendedahan mengenai identiti ‘rakan’ yang kembali muncul selepas menghilangkan diri pada musim lalu. Dengan siasatan kes baru, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ianya berkaitan dengan kes lalu selain adakah persoalan yang bermain di minda semua akan terjawab dalam 8 episod ini.
Korang dah layan ke?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉