Ikuti Kami:

Detektif Bakal Bersara Dituduh Membunuh, Ini Sebab Perlu Tonton ‘Shadow Detective’ Di Disney+ Kini

Detektif Bakal Bersara Dituduh Membunuh, Ini Sebab Perlu Tonton ‘Shadow Detective’ Di Disney+ Kini

Peminat drama thriller jenayah, ada naskhah Disney+ baru buat korang!

Sinopsis

Detektif Taek-rok sudah bersedia untuk bersara selepas kerjaya yang hebat dalam institusi kepolisan, namun pada suatu hari dia dituduh membunuh dan dalang sebenar menghantuinya menerusi panggilan telefon.

Perkongsian pelakon

KimchiDaily berpeluang untuk menyertai temubual eksklusif bersama para pelakon utama “Shadow Detective” bagi berkongsi pelbagai cerita mengenainya.

Wajah kepada drama ini, Lee Sung-min sempat berkongsi mengenai sebab dia memilih untuk menerajui “Shadow Detective”,

Semasa pertama kali membaca skrip, saya menghabiskan dengan pantas semasa mengikuti plotnya sambil menekas siapakan suspek. Saya merasakan bahawa penonton akan seronok menonton aspek itu dalam siri ini.

disney+ shadow detective

Katanya lagi, agak sukar untuk melakonkan watak Kim Taek-rok memandangkan trauma lama yang dilaluinya di mana dia benci menjadi beban buat rakan sekerja lain dan sangat melindungi mereka.

Apabila ditanya mengenai sebab “Shadow Detective” adalah berlainan daripada naskhah thriller jenayah lain, Jin Goo mengatakan bahawa kisah seorang detektif yang dituduh sebagai pembunuh menjadi pusat kepada plot ini lantas menampilkan titik unik dalam kaedah penceritaan.

Review penulis

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menyaksikan sisa hari yang tenang dilaluinya sebagai detektif berubah tegang apabila dia menerima panggilan telefon mendebarkan pada saban hari. Ianya bermula apabila sesi bersemuka antara Kim Taek-rok dan rakan baiknya, Hyun-seok yang terlibat dengan sindiket dadah.

Malam yang berakhir seperti biasa bertukar tragedi apabila rakannya itu ditemui mati dengan bukti bahawa dia adalah saksi terakhir bersamanya. Malah kad pengenalan diri yang dijumpai di sisi mayat itu membuktikan bahawa Kim Taek-rok mungkin pembunuh yang dicari mereka.

disney+ shadow detective

Walaupun dianggap sebagai panggilan telefon mainan, namun detektif tua itu terus diganggu dan diminta mencari identiti pemanggil yang menggelarkan dirinya sebagai ‘rakan lama’. Pertaruhan yang dibuat ialah sekiranya identitinya berjaya dibongkarkan, Kim Taek-rok akan selamat tetapi sekiranya tidak, dia akan dituduh membunuh meskipun hanyalah mangsa keadaan.

Situasi semakin genting apabila pemanggil misteri itu sepertinya memberikan klu mengenai identitinya sehingga memaksa Kim Taek-rok untuk membuka satu kes lama yang mahu dilupakannya. Kes pembunuhan seorang gadis yang ditutup dek bukti senjata pembunuhan yang dipalsukan oleh lelaki itu dan orang atasnya sebenarnya menyimpan rahsia yang lebih mendalam lagi.

Ketika mencari mangsa lain yang mungkin berkaitan dengan kes itu, Kim Taek-rok berhadapan dengan seorang lelaki yang mungkin mempunyai kaitan dengan pemanggil itu sekaligus membuatkan penonton tak senang duduk menantikan episod seterusnya.

disney+ shadow detective

Respon penonton

Walaupun banyak bermain dengan konsep masa seperti mengimbau cerita lama mengenai kehidupan sebagai polis dan kes yang diselesaikan selain turut membawa kisah pada masa sekarang, “Shadow Detecive” berjaya mengaitkan plot berkenaan dengan cantik hingga penonton tidak hilang di bawa arus penceritaan berbeza.

Dalam pada itu, lakonan Lee Sung-min yang tidak dapat disangkal lagi merupakan antara perencah terbaik yang membuatkan “Shadow Detective” semakin naik serinya.

Bagi yang belum menonton, pastikan korang melanggan Disney+ sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...