Ikuti Kami:

“Youngwoo & Junho Dating..” – Pengarah Kongsi Plot Akan Datang ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Youngwoo & Junho Dating..” – Pengarah Kongsi Plot Akan Datang ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sudah memasuki 6 episod, ramai yang menantikan apa bakal terjadi dalam episod akan datang “Extraordinary Attorney Woo”.

Kongsi pengarah Yoo In-sik dalam sebuah temubual mengenai populariti siri ENA ini,

Saya terkejut dengan respon baik yang melepasi jangkaan saya. Saya tersentuh dan bersyukur kerana anda memahami kisah ringkas yang kami sediakan. Saya memulakan projek ini dengan fikiran bahawa agak seronok membina taman bunga di mana orang boleh datang melawat dan berehat, tapi ianya seperti ladang yang mekar dengan segera. Taman dalam hati penonton nampaknya lebih luas dan sihat dari apa jangkaan kami.

ena extraordinary attorney woo

Dia turut sempat berkongsi tentang kunci utama dalam episod akan datang “Extraordinary Attorney Woo” di mana Woo Young-woo akan berdepan dengan lebih banyak misi dan mencari jawapan kepada persoalan ‘Peguam yang baik ialah?’

Serta temu janji unik Young-woo dan Jun-ho, perkembangan keluarga Hanbada, kisah ayah Young-woo, dan tips tidak dijangka Geurami yang menyeronokkan. Ikan paus baru yang masih belum muncul juga akan ada sana dan sini, jadi sila sapa mereka juga.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...