Ikuti Kami:

“Tak Boleh Beza Lakonan Atau Sebenar” – Individu Autistik Puji Lakonan Park Eunbin Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Tak Boleh Beza Lakonan Atau Sebenar” – Individu Autistik Puji Lakonan Park Eunbin Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Kejayaan “Extraordinary Attorney Woo” dalam satu malam ternyata bukanlah kerana nasib tetapi pelbagai faktor seperti plot yang memukau selain lakonan hebat setiap pelakonnya.

Antara nama disebut ramai kini ialah Park Eun-bin yang membawa watak Woo Young-woo. Malah seorang individu autistik turut meninggalkan komen bermakna apabila melihat lakonan wanita itu dan Sports Seoul mengambil kesempatan untuk menemuramah lelaki bernama JC John Sese Cuneta itu.

park eunbin extraordinary attorney woo

Jawab lelaki itu mengenai lakonan Park Eun-bin,

Dia sedang melakukan yang terbaik! Lakonannya sangat natural sehingga saya terfikir sama ada dia turut didiagnos dalam spektrum autisme. Ianya sangat natural sampai saya tak boleh bezakan sama ada dia sedang berlakon atau itu adalah dirinya yang sebenar.

Lelaki itu turut memuji Park Eun-bin kerana memberikan fokus pada watak itu dari segi pergerakannya seperti mata yang sukar memandang pandangan orang lain, tangan, dan gaya berjalan.

Cara dia berjalan mungkin merupakan antara perwatakan yang dipanggil ‘tidak realistik’ oleh orang lain. Kerana autisme ialah spektrum yang luas, cara Woo Young-woo berjalan tidak menggambarkan kesemua individu autistik berjalan seperti itu. Namun kadang-kadang saya juga begitu. Ianya sangat bebas dan natural, dan saya gembira apabila berjalan di jalanan seperti itu.

park eunbin woo youngwoo

John kemudiannya mengatakan Park Eun-bin melakukan kerja yang baik dengan meng’highlight’kan.

Bagi yang belum tahu, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Hebat kan Park Eun-bin?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...