Ikuti Kami:

“Tak Selesa Tonton ‘Extraordinary Attorney Woo’..” – Penonton Dengan Anak Autisme Luah Perasaan

“Tak Selesa Tonton ‘Extraordinary Attorney Woo’..” – Penonton Dengan Anak Autisme Luah Perasaan

Tidak dinafikan “Extraordinary Attorney Woo” merupakan drama yang menjadi kegemaran ramai kini!

Meskipun menjadi bualan kerana plotnya yang ‘fresh’ dan membuka minda mengenai peguam autistik, sepertinya ada suara sumbang yang mengkritiknya. Pada 13 Julai, satu entri mengenai topik autisme telah menjadi perdebatan hangat ibu bapa yang turut mempunyai anak dengan isu itu.

Tajuk entri itu,

Tak kisah apa yang semua katakan, saya tak selesa dengan Woo Young-woo.

ena extraordinary attorney woo

Jelas individu yang memuat naik entri itu,

Memang jelas drama ialah drama dan ada pengaruh positif menerusinya namun agak sukar untuk memanggil seorang autistik yang berjaya menjadi peguam sebagai seorang yang autistik lagi.

Tambahnya lagi,

Dia seperti seorang peguam yang pernah ada autisme. Meskipun dia ada otak genius kerana sindrom Savant, dia bukan lagi autistik kalau dia boleh menjadi peguam yang perlu ceepat faham dan membuat keputusan spontan mengikut situasi yang berubah selain membaca fikiran orang lain.

Kata individu itu,

Autisme juga ialah sesuatu yang menyebabkan kelemahan fizikal dan mental tapi jika seorang peguam ialah autistik, bukankah dia juga mempunyai kesukaran dari segi fizikal dan mental. Jadi, bagaimana seorang peguam dapat melawan bagi pihak kliennya?

Dia turut menyampaikan rasa kesal,

Di Korea, ramai yang masih percaya bahawa orang dewasa dengan masalah pembesaran patut ditemani penjaga selama 24 jam sehari dan tinggal di rumah ataupun dihantar ke pusat jagaan istimewa, sepertinya hanya Woo Young-woo yang boleh keluar dan tinggal dalam masyarakat.

ena extraordinary attorney woo

Akhirinya,

Saya tak tahu seiranya drama ini, yang mendapat perhatian ramai akan dapat menurunkan prejudis masyarakat atau meluaskan perspektif semua.

Kata netizen yang lain,

Ibu bapa dengan anak autistik pastinya berasa sebegini.

 

Sangat mudah untuk memahami kenapa awak berfikiran begitu sekiranya awak mengalami kesukaran semasa membesarkan anak kurang upaya..

 

Sedihnya..

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...