Ikuti Kami:

“Young & Rich” – Kongsi Kebahagiaan, Lisa BP Muat Naik Foto Pakai Bikini

“Young & Rich” – Kongsi Kebahagiaan, Lisa BP Muat Naik Foto Pakai Bikini

Seprtinya Lisa tidak langsung menghiraukan mengenai gosip yang menyelubungi dirinya dan terus menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.

Kelmarin, ahli BLACKPINK itu memuat naik beberapa keping foto ketika dia berlibur pada masa senggang dengan tulisan, “Summer dump.”

Dalam salah satu foto, Lisa terlihat sedang berlibur di atas sebuah kapal layar mewah sambil mengenakan bikini.

Dalam foto lainnya, idola itu telah bergambar di hadapan pesawat peribadi dan menikmati anggur di tengah keindahan alam, menjadikannya seperti watak dalam kehidupan “rich and fabulous.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Sebelum ini, Lisa telah menjadi pusat perhatian kerana pelbagai gosip mengenai kehidupan peribadinya. Terutamanya mengenai isu permbaharuan kontrak bersama YG Entertainment yang masih tidak mempunyai khabar berita sahih. Lisa juga disebut-sebut dalam berbagai khabar angin di mana ada yang mengatakan dia menerima tawaran bernilai 50 juta won dari agensi asing, gosip tentang agensi peribadi untuk Jennie dan Jisoo, serta desas-desus kontrak Rose dipanjangkan.

Malah isu cinta antara Lisa dan anak ketua kumpulan LVMH, Frederic Arnault juga meniti di bibir ramai peminat K-Pop kini.

Asalkan Lisa bahagia..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...