Benarkah harga Lisa BLACKPINK cecah nilai 100 bilion won (RM350 juta)?
Terbaru, Lee Jin-ho iaitu seorang bekas wartawan yang memiliki YouTube kini telah memuat naik video dengan tajuk ‘Harga tebusan menakutkan, sebaba mengapa ahli BLACKPINK menjauhkan diri’.
Menurut laporan media, Jennie dan Jisoo dikatakan sudah membuka agensi sendiri dan masih lagi berbincang dengan YG Entertainment mengenai kontrak penuh mereka. Wartawan itu turut mengatakan bahawa terdapat seorang ahli yang ibu bapanya sedang berbincang dengan ramai pemilik syarikat lain.
Mengenai khabar angin Lisa direkrut oleh syarikat antarabangsa,
Memang benar ahli domestik seperti Jisoo, Jennie dan Rosé menerima perhatian di Korea dan peranan Lisa di peringkat global sangat besar. Dari liputan kami, harga Lisa mencapai 50 bilion won dan mencapai 100 bilion won.
Dalam pada itu, masih tiada lagi perkembangan baru mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.