Ikuti Kami:

Yoona Kongsi Perasaan Sewaktu Rakam Album Girls’ Generation Dalam ‘Soshi Tam Tam’

Yoona Kongsi Perasaan Sewaktu Rakam Album Girls’ Generation Dalam ‘Soshi Tam Tam’

Peminat Girl’s Generation sekarang ni mesti dah terubat rasa rindu kan bila mereka kini dah ada saluran sendiri? Korang dah tengok ke latest episod “Soshi Tam Tam”?

Terbaru, dalam episod terkini saluran Youtube Girls’ Generation sendiri iaitu “Soshi Tam Tam”, dapat dilihat gadis-gadis itu berada di dalam trip pertama mereka menuju ke destinasi rahsia.

Sepanjang perjalanan itu, mereka bermain beberapa game dan salah satunya adalah “Annyeong Cleopatra”. Game tersebut memerlukan mereka untuk menyanyi dalam nada yang tinggi seperti dolphin. Alamak… boleh ke? Kalau korang tonton episod tersebut pasti korang tahu, siapa yang berjaya dalam game tu!yoonaDalam pada itu, sesi game tersebut sedikit sebanyak menyentuh perasaan seorang ahli, iaitu Yoona. Tiffany sempat mengajukan pertanyaan sepanjang perjalanan mereka.

Sudah lama kan sejak kita semua merakamkan lagu baru. Bagaimana perasaaan kalian?

Lalu Yoona menjawab,

Saya merupakan ahli terakhir yang menghabiskan sesi rakaman. Saya jadi ‘goosebumps’ bila mendengar suara ahli lain. Saya jadi emosi malah menangis. Ia merupakan suatu perasaan yang, “Oh, ini lah Girls’ Generation yang sebetulnya.”

Soo-young turut menambah,

Ahli kumpulan kita mempunyai bahagian nyanyian yang cukup sempurna. Bila suara kita digabungkan, ia menghasilkan satu gabungan yang hebat. 

ggKalau dah Yoona sendiri pun tersentuh dengan suara dorang sendiri, inikan pulak kita… Tak sabarnya nak tunggu comeback dorang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...