Ikuti Kami:

Girls’ Generation Rai Ulang Tahun Ke-15 Dengan Rancangan Hiburan Solo ‘Soshi Tam Tam’

Girls’ Generation Rai Ulang Tahun Ke-15 Dengan Rancangan Hiburan Solo ‘Soshi Tam Tam’

Kumpulan penyanyi wanita terbaik, Girls’ Generation bakal kembali dengan rancangan hiburan solo mereka, “Soshi Tam Tam” untuk memperingati ulang tahun ke-15 debut mereka.

Terbaru, JTBC mengesahkan dan berkata,

Program hiburan baharu JTBC ‘Soshi Tam Tam’ bersama Girls’ Generation akan disiarkan buat kali pertama pada awal Julai.

“Soshi Tam Tam” ialah program di mana Girls’ Generation, kumpulan gadis lagenda yang mempunyai daya tarikan hebat yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba dan  meneroka dunia hiburan yang berwarna-warni. Ahli Girls’ Generation akan mempamerkan kandungan program menarik dalam pelbagai format, seperti kehidupan realiti, rancangan permainan dan dokumentari dalam membuktikan nilai “All-rounder Player”.

Girls’ Generation memulakan kerjaya pada tahun 2007 dan menerajui era K-Pop dengan mencipta banyak lagu ‘mega-hit’. Perhatian lebih tertumpu kepada mereka kerana akan membuat kemunculan semula dengan kumpulan secara penuh selepas 5 tahun lamanya pada musim panas ini.

Selain itu, jangkaan yang tinggi diterima terhadap rancangan hiburan solo “Soshi Tam Tam” sebagai idola hiburan asli yang mempamerkan persembahan cemerlang bukan sahaja di pentas malah di kaca TV.girls generationPihak produksi “Soshi Tam Tam” berkata,

Ia adalah program yang direka dengan konsep pembawakkan personaliti Girls’ Generation, yang mempunyai pelbagai bakat dan daya tarikan yang diidamkan malah mereka akan mencuba pelbagai kandungan hiburan tanpa mengira genre. Ia akan menjadi satu hadiah istimewa untuk peminat dan penonton yang telah meminati mereka selama 15 tahun.

Nantikan gelak tawa dan hiburan yang akan dibawa oleh Girls’ Generation dalam “Soshi Tam Tam” yang akan ditayangkan pada awal Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...