Ikuti Kami:

Yoon Siyoon Sertai Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’

Yoon Siyoon Sertai Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’

Nampaknya akan ada teraju utama baru dalam musim kedua “Work Later, Drink Now”?

Terbaru, Yoon Shi-yoon dilaporkan bakal muncul dalam siri TVING berkenaan dalam musim keduanya yang sedang dalam penggambaran.

Dalam penghujung musim pertama, lelaki itu muncul sebagai ‘Mr. Kind Paper’ yang berjumpa dengan YouTuber saluran lipatan origami iaitu Kang Ji-goo (Jung Eun-ji).

Respon agensinya,

Yoon Si-yoon sedang menjalani penggambaran ‘Work Later, Drink Now’.

yoon shiyoon jung eunji

Sepertinya Yoon Shi-yoon bakal menyambung watak yang sama di mana dia akan menjadi pasangan buat Kang Ji-goo lantas menyentuh hati penonton.

“Work Later, Drink Now” mengisahkan tentang tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja. Lee Sun-bin membawa watak Ahn So-hee, seorang penulis rancangan hiburan, Han Sun-hwa sebagai Han Ji-yeon, pelatih yoga, Jung Eun-ji sebagai Kang Ji-goo, seorang YouTuber origami dan Choi Siwon sebagai Kang Bok-goo, seorang PD rancangan hiburan.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...