Ikuti Kami:

Teraju Utama Kekal Sama, TVING Sah ‘Work Later, Drink Now’ Bakal Kembali Untuk Musim Kedua

Teraju Utama Kekal Sama, TVING Sah ‘Work Later, Drink Now’ Bakal Kembali Untuk Musim Kedua

Yes! TVING mengesahkan bahawa drama “Work Later, Drink Now” bakal kembali untuk musim kedua nanti!

Lagi best kerana teraju utamanya iaitu Lee Sun-bin, Jung Eun-ji, Han Sun-hwa dan Choi Si-won turut akan menghiasi musim terbaru itu dengan watak yang sama.

Berdasarkan webtoon, drama ini mengisahkan tiga sahabat yang hidup dengan falsafah untuk minum alkohol bersama selepas waktu kerja. Lee Sun-bin membawa watak Ahn So-hee, seorang penulis rancangan hiburan, Han Sun-hwa sebagai Han Ji-yeon, pelatih yoga, Jung Eun-ji sebagai Kang Ji-goo, seorang YouTuber origami dan Choi Siwon sebagai Kang Bok-goo, seorang PD rancangan hiburan.

tving work later, drink now

Ulas wakil TVING,

Kami memutuskan dan bersedia untuk musim kedua secepat mungkin selepas musim pertama tamat kerana peminat yang tidak sabar menantikan musim baru. Seperti musim pertama, musim kedua turut akan boleh difahami dan menyejukkan hati mengenai sahabat lama dan rakan minum dengan keserasian unik.

Seronoklah semua tak payah tunggu lama untuk musim kedua “Work Later, Drink Now”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...