Ikuti Kami:

Yoon Jisung Bakal Buat Konsert Solo Pertama Mei Ini

Yoon Jisung Bakal Buat Konsert Solo Pertama Mei Ini

Peminat muzik K-pop pastinya amat mengenali kumpulan penyanyi WANNA ONE yang terdiri daripada peserta program Produce 101 musim kedua, iaitu Ji-sung, Sung-woon, Min-hyun, Seong-woo, Jae-hwan, Daniel, Ji-hoon, Woo-jin, Jin-young, Dae-hwi dan Kuanlin. Baru-baru ini, salah seorang ahli mereka, Yoon Ji-sung khabarnya bakal membuat konsert solo pada Mei ini.

Sebelum ini, Ji-sung dan kumpulannya, WANNA ONE telah membuat pelancaran lagu terbaru, “Beautiful, Part 3” yang merupakan sambungan bagi “Beautiful” dan ‘Beautiful, Part 2″. Single digital baharu tersebut yang dilancarkan pada Januari lalu bukan sahaja menerima respon baik dari peminat malah ia turut berjaya mengungguli carta Lagu Teratas iTunes. Lagu “Beautiful, Part 3” juga turut tersenarai dalam Top 10 di sekurang-kurangnya 20 wilayah berbeza, termasuk Kanada, Itali, Turki dan United Kingdom.

Namun, kali ini, salah seorang ahli WANNA ONE, Ji-sung kini khabarnya bakal kembali dengan konsert solo pertamanya. Ikutan daripada pelancaran album mini ketiganya, “Miro”, pada 19 April lalu, penjualan tiket bagi kelab peminat untuk konsert solo pertama “Miro:Prologue” sudah bermula. Konsert “Maze:Prologue” bakal diadakan pada 14 dan juga 15 Mei ini bertempat di COEX Artium, Gangnam-gu, Seoul, sejurus selepas pelancaran album “Miro” pada 27 April ini.

jisung

Jadi buat para peminat, terutamanya “WANNABLE” dapat melepaskan rasa rindu buat kumpulan WANNA ONE dengan menyaksikan konsert ataupun mendengar lagu terbaru Ji-sung di platform-platform yang berkaitan pada Mei ini okay!

Tandakan kalendar korang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...