Ikuti Kami:

Rilis Single Pertama Dalam Tempoh 3 Tahun, WANNA ONE Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan ‘Beautiful’

Rilis Single Pertama Dalam Tempoh 3 Tahun, WANNA ONE Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan ‘Beautiful’

Single terbaharu WANNA ONE “Beautiful”, telah menerima respon baik dari peminat seluruh dunia!

Pada 27 Januari, WANNA ONE kembali dengan single digital baharu mereka “B-Side” bersama muzik video untuk “Beautiful (Part.3)”, yang dipersembahkan kumpulan itu selepas bersatu semula buat kali pertama dalam tiga tahun, di 2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA).

Sejurus selepas dikeluarkan, “Beautiful (Part.3)” telah mengungguli carta Lagu Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 14 wilayah berbeza, termasuk Australia, Chile, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Mexico, Singapura, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Selain itu, lagu itu juga disenaraikan dalam Top 10 di sekurang-kurangnya 20 wilayah berbeza, termasuk Kanada, Itali, Turki dan United Kingdom. Single itu juga mendapat sambutan positif di Korea, dan berjaya menduduki tempat 100 Teratas Melon dalam masa sejam selepas keluarannya.

Tahniah WANNA ONE! Mesti ramai yang rindukan kumpulan ini kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...