Ikuti Kami:

Yoo Yeonseok Didakwa Hambur Kata-Kata Kesat Pada Pengawal Keselamatan Di Rumahnya?

Yoo Yeonseok Didakwa Hambur Kata-Kata Kesat Pada Pengawal Keselamatan Di Rumahnya?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama Yoo Yeon-seok dikaitkan dengan satu berita yang kurang enak.

BACA: Geum Saerok Akui Terasa Lihat Babak Ciuman Yoo Yeonseok & Moon Gayoung Dalam ‘The Interest Of Love’

Terbaru, agensi lelaki itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tuduhan yang kian menular mengenai pelakon lelaki itu memandang rendah pengawal keselamatan di rumahnya,

Kami tahu tentang berita yang tular kini dan sedang membuat pengesahan. Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap penulis artikel asal berkenaan.

Terdahulu, sebuah entri di laman komuniti ditulis oleh individu dikenali sebagai ‘A’ mendedahkan kononnya ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah kediaman Yoo Yeon-seok dan telah dihamburkan kata-kata kurang enak oleh lelaki itu,

Ayah saya sangat menyukai Yoo Yeon-seok dalam kalangan selebriti yang tinggal di situ kerana dia kacak, jujur dan baik di kaca televisyen. Namun pada suatu hari ayah saya balik rumah dengan ekspresi kelam dan berhenti kerja dalam bulan yang sama.

yoo yeonseok

Tambahnya,

Ayah saya berkata bahawa Yoo Yeon-seok bukan seorang yang baik. Katanya, pelakon itu dan rakannya mengeluarkan kata-kata kesat mengenai ayahnya dan lelaki tua tersebut berasa malu lantas berhenti kerja di situ.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen yang membaca entri asal itu memilih untuk tidak memberikan hukuman awal kerana merasakan bahawa ada cerita lain disebaliknya.

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...