Ikuti Kami:

Geum Saerok Akui Terasa Lihat Babak Ciuman Yoo Yeonseok & Moon Gayoung Dalam ‘The Interest Of Love’

Geum Saerok Akui Terasa Lihat Babak Ciuman Yoo Yeonseok & Moon Gayoung Dalam ‘The Interest Of Love’

Ramai ke yang seronok mengikuti drama “The Interest Of Love” yang menamatkan tayangan pada minggu lalu?

Menerusi sebuah temubual rasmi, Geum Sae-rok yang membawa watak ‘wanita kedua’ iaitu Mi-kyung telah berkongsi lebih mengenai kisah di sebalik tabir drama berkenaan.

Ulasnya mengenai hubungan bersama Yoo Yeon-seok, dia mulai rapat bersama senior lakonan itu semasa belakar meluncur bersama-sama. Disebabkan itu, mereka dapat memulakan penggambaran pertama tanpa sebarang perasaan janggal.

geum saerok

Komen wanita itu mengenai babak ciuman antara Yoo Yeon-seok dan Moon Ga-young pula,

Sang-soo (Yoo Yeon-seok) dan Mi-kyung tidak mempunyai sebarang babak ciuman. Saya terkejut melihat Sang-soo dan Soo-young (Moon Ga-young) bercium di gelanggang luncur. Babak itu cantik dan hebat tapi sebagai Mi-kyung, saya sedikit terasa.

Malah dia turut memberikan pujian buat Yoo Yeon-seok mengenai babak itu semasa mereka bersama-sama menonton episod terakhir “The Interest Of Love”,

Babak itu seperti babak dalam filem. Walaupun cemburu, saya juga berasa iri hati.

geum saerok yoo yeonseok

Geum Sae-rok bagaimanapun hanya tertawa selepas berkata demikian kepada wartawan ketika temubual itu.

Untuk pengetahuan, “The Interest Of Love” ialah drama percintaan di antara empat orang berbeza yang bertemu semasa bekerja di sebuah bank terkemuka. Namun, mereka semua mula memahami erti cinta sebenar setelah mereka terjerat dalam kehidupan satu sama lain.

Pandai melawak tau dia ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...