Ikuti Kami:

Bahagia Akhirnya, Episod Akhir ‘The Interest Of Love’ Raih Rating Baik

Bahagia Akhirnya, Episod Akhir ‘The Interest Of Love’ Raih Rating Baik

Meskipun menerima kritikan rama kerana plot pincang, namun “The Interest Of Love” berjaya bertahan sehingga ke akhir tayangannya.

Sinopsis

Ia adalah drama percintaan di antara empat orang berbeza yang bertemu semasa bekerja di sebuah bank terkemuka. Namun, mereka semua mula memahami erti cinta sebenar setelah mereka terjerat dalam kehidupan satu sama lain.

Bahagia akhirnya

[Amaran SPOILER]

4 tahun berlalu, Ha Sang-su dan Ahn Soo-young berada di tempat berbeza kini dengan kehidupan yang berlainan. Wanita itu membuka kelas melukis dan kafe manakala si lelaki memulakan kerja di cawangan bank baru.

jtbc interest of love

Meskipun cuba melarikan diri namun takdir sentiasa menemukan mereka. Bertemu semula di kafe itu, Ahn Soo-young dan Ha Sang-su meluahkan apa yang terbuku di hati apabila terserempak di sebuah tempat yang menyimpan memori lama mereka.

Bahkan keduanya menyambung semula janji yang dimungkiri dahulu dan makan malam bersama. Walaupun tidak memberikan klu jika mereka kembali bersama namun perubahan positif yang dilihat dalam perhubungan mereka berdua menjanjikan sesuatu yang romantik di akhir drama itu.

Rating biasa

Walaupun berjaya mencatatkan rating tertinggi semasa episod kedua terakhir iaitu 3.6% namun drama ini hanya mampu berpuas hati dengan rating 3.5% untuk tayangan penamatnya.

jtbc interest of love

Bersiaran selama 16 episod, rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa kerana jalan cerita mengelirukan selain perwatakan teraju utama yang menjengkelkan lantas agak suka untuk mereka bersimpati dengan mana-mana watak.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...