Sepertinya Yoo Jae-suk sudah mula mengurangkan sokongan buat ‘love line’ antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.
Semasa ahli lain sedang mengusik Ji Suk-jin dalam episod terbaru “Running Man”, Song Ji-hyo membuat kejutan apabila memasukkan dua jarinya ke dalam lengan baju Kim Jong-kook dan berkata,
Baju ini sangat jarang.
Terkejut dengan kelakuan berani wanita itu, Song Ji-hyo turut bertanya,
Bagaimana dengan putingnya?
Kim Jong-kook kemudiannya memarahi dan berkata,
Tak nampak pun lah.. Apa yang awak katakan ini..
Haha yang tak senang melihat terus berkata,
Disebabkan awak sebegini, kami tak nak buat ‘love line’.
Yoo Jae-suk bersetuju dan menambah,
Melihatkan Song Ji-hyo yang sangat berani dan mula sukakan padanan ini membuatkan saya mahu melepaskannya, saya mahu cari ‘love line’ baru.
Mungkinkah ini pengakhiran Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.