Ikuti Kami:

Song Jihyo Jawab Sama Ada Hubungan Romantik Bersama Kim Jongkook Bakal Jadi Kenyataan

Song Jihyo Jawab Sama Ada Hubungan Romantik Bersama Kim Jongkook Bakal Jadi Kenyataan

Pergi ke mana sahaja pun, semua pasti tertanya-tanya mengenai ‘hubungan’ antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Terbaru, soalan yang sama turut diajukan buat Song Ji-hyo semasa menjadi tetamu ramcangan STUDIO WAFFLE iaitu “Turkids On The Block” di YouTube.

Tanya hos Lee Yong-jin,

Ada ‘love line’ antara awak dan Kim Jong-kook dalam ‘Running Man’ kan? Adakah ianya sudah berakhir.

song jihyo turkids on the block

Jawab pelakon wanita itu sambil tersenyum,

Ianya sedang berlangsung.

Tanya lelaki itu lagi,

Ada tak potensi untuk perkembangan hubungan antara awak dan Kim Jong-kook?

song jihyo turkids on the block

Jawabnya dalam nada mengusik,

Saya mahu rahsiakannya.

Apabila ditanya mengenai ciri lelaki yang disukainya, Song Ji-hyo tidak segan dan mengakui bahawa dia menyukai seseorang yang mempunyai perut seperti ‘Winnie The Pooh’,

Saya mahu perut mereka seperti Pooh. Saya suka memegang perut seseorang yang buncit.

song jihyo turkids on the block

Malah ahli “Running Man” itu mendedahkan bahawa dia menyukai lelaki seperti Kim Tae-woo dari kumpulan g.o.d suatu ketika dahulu.

Semoga hubungan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook berjalan lancar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...