Ikuti Kami:

“Saya Ambil Gunting..” – Buat Pertama Kali, Song Jihyo Kongsi Sebab Sebenar Potong Rambut Pendek

“Saya Ambil Gunting..” – Buat Pertama Kali, Song Jihyo Kongsi Sebab Sebenar Potong Rambut Pendek

Meskipun pernah bercerita mengenai sebab dia memotong rambut secara drastik, sepertinya Song Ji-hyo menyimpan rahsia besar di sebalik keputusan untuk berambut pendek itu.

Menerusi episod terbaru “Turkids On The Block”, wanita itu meluahkan pelbagai perkara termasuklah kisah yang dinantikan ramai itu. Tanya hos Lee Yong-jin pada mulanya,

Awak tiba-tiba berambut pendek secara mengejut. Ada yang kata awak cuba mengubat hati terluka dengan memotong rambut dan ada juga yang mengatakan awak dah tak nak berhabis duit untuk rambut. Kenapa awak memotongnya, walaupun ianya sesuai dengan awak.

song jihyo turkids on the block

Jawab Song Ji-hyo.

Secara jujur, sejujurnya… boleh kah saya bercerita mengenai hal ini?

Tambahnya sangsi,

Saya akan memberitahu perkara sebenar, saya hanya melakukan ini untuk ‘Turkids On The Block’. Saya banyak minum alkohol pada ketika itu.

song jihyo turkids on the block

Tanya Lee Yong-jin lagi,

Habis awak memotongnya sendiri?

Song Ji-hyo mengangguk tanpa segan dan berkata,

Selepas meminum dengan banyak, tetiba saya terfikir, ‘Apa yang saya buat ni?’. Tahu tak gunting yang digunakan untuk potong lebihan tiub ubat gigi tu? Saya gunakannya dan gunting rambut sedikit demi sedikit. Saya minta maaf, jangan marah adik-adik (jurugaya) saya.

song jihyo turkids on the block

Berdasarkan pengakuan itu, nampaknya Song Ji-hyo memotong rambut ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

Usik Lee Yong-jin hingga membuatkan semua ketawa,

Kalau macam ni, nampaknya awak masih lagi dihantui watak dalam ‘Whispering Corridor’.

song jihyo turkids on the block

Macam tu ceritanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...