Ikuti Kami:

“Rambut Akan Tumbuh Juga Nanti” – Song Jihyo Jawab Kontroversi Rambut ‘Shortcut’

“Rambut Akan Tumbuh Juga Nanti” – Song Jihyo Jawab Kontroversi Rambut ‘Shortcut’

Meskipun sudah berminggu menjadi topik panas, namun isu rambut Song Ji-hyo yang dipotong pendek nampaknya masih belum reda.

Dalam episod terbaru “Running Man”, seperti biasa semua ahli mula mengusik mengenai gaya pakaian masing-masing.

Apabila melihat pakaian Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk telah memujinya. Jawab pelakon itu,

Ia telah digayakan oleh orang yang biasa menggayakan saya. Dia menggayakan saya mengikut konsep yang ditetapkan.

Tambah Yoo Jae-suk,

Jurugaya melalui pelbagai rintangan kerana ‘gaya’ namun biasanya, kesukaan artis itu sendiri turut memainkan peranan.

song jihyo running man

Seloroh Kim Jong-kook,

Bukannya jurugaya saya tidak bekerja keras namun saya memakai apa sahaja yang saya mahukan!

Menjawab mengenai rambut pendeknya pula, kata Song Ji-hyo dengan tenang,

Rambut akan tumbuh juga nanti.

Gurau Haha,

Awak berpindah ke salon yang dikunjungi Kim Jong-kook kan?

song jihyo running man

Layan Song Ji-hyo,

Saya pergi ke kedai gunting rambut (lelaki) sekarang.

Daripada perbualan ini, ramai yang merasakan bahawa ia berkait dengan kritikan peminat Song Ji-hyo yang kurang berpuas hati dengan jurugaya wanita itu kerana memotong rambutnya dengan pendek.

Relaks kan Song Ji-hyo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...