Utama Rancangan Hiburan “Yoo Jaesuk Seperti Seorang Ibu, Guru & Abang Saya..” – Lee Mijoo

“Yoo Jaesuk Seperti Seorang Ibu, Guru & Abang Saya..” – Lee Mijoo

lee mijoo yoo jaesuk

Selain penyanyi, Lee Mi-joo juga turut dikenali ramai dek penampilannya menerusi pelbagai rancangan hiburan.

Terbaru, Lee Mi-joo telah tampil sebagai tetamu dalam program “Showterview with Sunmi” di saluran YouTube, di mana wanita itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Khususnya dalam siaran itu, Mi-joo ada berkongsi mengenai kisah keluarganya yang menentang dirinya untuk menjadi seorang selebriti pada awalnya. Kongsinya,

Mereka sangat menentangnya. Ayah saya adalah seorang seorang guru dari keluarga pendidik. Ibu bapa saya seperti ‘Selebriti apa? Teruskan belajar!’. Mereka terus suruh saya belajar tetapi..saya memang tidak boleh. Bagaimanapun, itu adalah pengakhiran hubungan kami.

lee mijoo yoo jaesuk

Selepas kumpulan LOVELYZ dibubarkan, Mi-joo telah mula aktif dalam rancangan hiburan seperti “Sixth Sense”, “Hangout with Yoo” dan banyak lagi. Selain itu, dia juga telah beberapa kali bekerjasama dengan pengacara terkenal Yoo Jae-suk.

Ketika ditanya apakah erti Yoo Jae-suk buat dirinya, Mi-joo menjawab,

Dia seperti seorang ibu, seorang guru dan kadang-kadang seperti abang saya. Jadi saya belajar banyak daripada dia dan sering bertanya soalan.

Sementara itu, Lee Mi-joo akan membuat debutnya sebagai penyanyi solo pada 17 Mei ini dengan lagu “Movie Star”.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERYouTube
Loading...