Ikuti Kami:

“Biarlah Nak Pakai Apa..” – Diusik Muat Naik Foto Seksi Di IG, Mijoo Marah Yoo Jaesuk & Haha

“Biarlah Nak Pakai Apa..” – Diusik Muat Naik Foto Seksi Di IG, Mijoo Marah Yoo Jaesuk & Haha

Seperti biasa, Lee Mi-joo memang sentiasa akan menjadi bahan usikan ‘abang-abangnya’ di “How Do You Play”.

Selepas dua minggu penggambaran di kepulauan Jeju, kesemua ahli program itu kembali berkumpul. Tanpa berlengah, Shin Bong-sun memulakan ‘serangan’ terhadap Lee Mi-joo,

Kenapa awak buka baju di media sosial?

Bagi yang tidak mengetahui, wanita itu telah memuat naik beberapa keping foto daripada penggambaran majalah di mana dia tampil hanya memakai baju dalam dan menampakkan sebahagian dadanya baru-baru ini.

lee mijoo yoo jaesuk

Seloroh Haha,

Saya ingatkan awak pakai lapik dada untuk bayi (bib).

Marah Lee Mi-joo,

Tak kan saya tak boleh pakai.. sementara masih muda ni lah saya nak pakai macam tu. Saya tahulah nak pakai macam mana.

lee mijoo

Selit Yoo Jae-suk,

Dia ni memang kelakar.

Wanita itu kemudiannya ‘meletup’,

Saya pakai seperti itu bukan untuk jadi kelakar!

Memang seronok lah dorang membahan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...