Semakin bertambah pengalaman dalam industri seni, semakin berani Lee Mi-joo untuk mencabar dirinya dengan pelbagai percubaan baru.
Menerusi foto yang diriliskan majalah Singles, ahli Lovelyz itu dilihat selesa dengan penampilan seksi yang digayakan untuk penggambaran tersebut.
Bukan sahaja menampakkan belakang badan dan pakaian dalamnya, Lee Mi-joo juga dilihat menyarungkan gaun ‘backless’ yang hanya menutupi bahagian depan badannya sahaja.
View this post on Instagram
Melihatkan penampilan provokatif itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum selain bergurau ingin melaporkan hal tersebut kepada ‘abang-abangnya’ iaitu Yoo Jae-suk dan Haha di mana mereka sama-sama aktif dalam program “How Do You Play” kini.
Lain macam Mi-joo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉