Ikuti Kami:

“Apa Awak Nak Sebenarnya?” – Lee Mijoo ‘Sound’ Individu Tulis Komen Buruk Di IG Live

“Apa Awak Nak Sebenarnya?” – Lee Mijoo ‘Sound’ Individu Tulis Komen Buruk Di IG Live

Antara dugaan paling besar bila jadi idola adalah apabila menerima komen buruk tanpa dijangka.

Terbaru, Lee Mi-joo yang merupakan ahli Lovelyz dan kini aktif di pelbagai rancangan hiburan seperti “How Do You Play” telah mengadakan siaran langsung di Instagram Story bagi berkomunikasi dengan peminat.

Semasa sedang gembira bercerita, secara tiba-tiba wajahnya berubah serius selepas terbaca komen buruk. Meskipun ketawa, namun Lee Mi-joo bertanya mengenai motif komen sedemikian ditulis buatnya,

Hey, apa yang awak nak cakap sebenarnya? Awak nak cakap apa? Cakap sahaja dan saya akan dengar. Apa? Apa yang awak nak?

lee mijoo

Tanyanya lagi,

Kenapa tonton live ini? Beritahu sebabnya.

Pun begitu, dia tidak mampu menahan kemarahan pada akhirnya,

Kalau tak suka, keluar sahaja.

Selepas berkata demikian, wanita itu memandangkan ke tepi dengan wajah yang sukar dijelaskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이미주 (@queen.chu_s)

Disebabkan oleh kejadian ini, rata-rata peminat meluahkan rasa risau memandangkan Lee Mi-joo merupakan seorang yang jarang bersikap serius dan berperwatakan ceria.

Hmmm.. apa lah masalah haters ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...