Ikuti Kami:

“Yoo Jaesuk Minta Maaf Tapi” – Yoon Eunhye Ulas Sering Diusik Dengan Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’

“Yoo Jaesuk Minta Maaf Tapi” – Yoon Eunhye Ulas Sering Diusik Dengan Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’

Sering menjadi sebutan di “Running Man”, akhirnya Yoon Eun-hye mengulas mengenai hubungan bersama Kim Jong-kook menerusi “Radio Star” baru-baru ini.

Dalam episod ini, pelakon ini menyebut mengenai ‘hubungan cinta’ antaranya dan lelaki berbadan sasa itu dalam rancangan “X-Men”. Katanya,

Pada ketika itu, Lee Min-ki keluar dan bermain permainan itu dengan serius. Dia berlagak seperti mahu mencuri saya. Apabila Kim Jong-kook menutup telinga saya, saya terfikir ‘Kenapa dia tutup telinga saya?’. Apabila orang ramai kecoh, saya hanya menyedari mengenai situasi itu 2 saat kemudian. Saya terfikir, ‘Dia sangat genius’ dan meremang.

kim jongkook yoon eunhye

Bukan itu sahaja, Yoon Eun-hye sempat mengulas tentang video yang menjadi topik hangat di YouTube kini iaitu kompilasi namanya disebut dalam “Running Man”,

Saya tak muncul dalam program itu tapi ada klip 40 minit di mana Yoo Jae-suk menyebut nama saya. Terdapat pertandingan dalam ‘Running Man’, sepertinya dia menjerit ‘Yoon Eun-hye’ untuk membuatkan Kim Jong-kook malu.

Wanita itu turut bercerita mengenai Yoo Jae-suk,

Dia sekali lagi menyebut nama saya di ‘Hangout With Yoo’ jadi saya menghubunginya. Saya cakap saya tak kisah dan katanya, ‘Saya minta maaf’ dan menyambung, ‘Ya ke? Jadi saya akan sebut nama awak lagi. Maaf.

yoon eunhye kim jongkook

Hos dan tetamu lain tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar telatah Yoo Jae-suk yang memang nekad mahu mengusik Kim Jong-kook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...