Masih lagi kita di dalam saga hubungan segi tiga antara Yoon Eun-hye-Kim Jong-kook- Song Ji-hyo.
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli perlu menjalani misi di mana mereka perlu bercakap mengengai seorang ahli lain yang disarungkan headphone. Walaubagaimanapun, ahli berkenaan boleh memilih untuk menekan butang on/off sekiranya dia teringin mengetahui mengenai perbualan yang lain dan skor kumulusi akan dihentikan.
Semasa giliran Kim Jong-kook, Yoo Jae-suk menyebut mengenai Yoon Eun-hye. Katanya, dia ada menghubungi wanita itu selepas menerima mesej daripadanya.
Bagi menyemak sama ada lelaki itu mendengar atau pun tidak, Song Ji-hyo telah menanyakan soalan cepumas,
Awak suka saya ke Yoon Eun-hye?
Lelaki berbadan sasa itu tidak mampu menahan tawanya sambil mengatakan, “Tidak, tidak”.
Kim Jong-kook tidak dapat membendung marahnya selepas misi tersebut dan memarahi Yoo Jae-suk,
Cakap apa yang awak mahu, ramai yang akan salah faham mengenai saya.
Balas Yoo Jae-suk sambil menunduk,
Saya akan memadan nombor telefon Eun-hye. Saya memohon maaf kepadanya dan dia mengatakan tidak apa.
Song Ji-hyo bagaimanapun terus berhati kental dan mengusik Kim Jong-kook.
Kim Jong-kook sukakan Yoon Eun-hye!
Namun turut menunduk apabila dimarahi lelaki itu.
Seronok betul mengusik Kim Jong-kook!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.