Ikuti Kami:

“Yoo Jaesuk & Lee Kwangsoo Lebih Serasi Dari Ketika ‘Running Man'” – Pengarah ‘The Zone: Survival Mission’

“Yoo Jaesuk & Lee Kwangsoo Lebih Serasi Dari Ketika ‘Running Man'” – Pengarah ‘The Zone: Survival Mission’

Katanya, ramai yang seronok menonton program hiburan terbaru Disney+ iaitu “The Zone: Survival Mission”.

Dalam sebuah temubual rasmi, pengarah produksi Cho Hyo-jin menceritakan keserasian kesemua ahli program itu.

Keserasian antara Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo semakin berkembang.

Membawa ketawa yang banyak, ulasnya lagi,

Dari ‘Running Man’, saya tahu Lee Kwang-soo adalah orang yang terbaik dalam menerima lawak dan gurauan Yoo Jae-suk. Dia ialah seorang pelakon, tapi dia merupakan seorang penghibur yang boleh dipercayai dalam program hiburan.

pd the zone: survival mission

Tambahnya,

Saya sudah biasa melihat kombinasi mereka dalam ‘Running Man’ tapi setiap kali melihatnya, ianya nampak berbeza.

Jo Hyo-jin juga menjawab sebab memilih Lee Kwang-soo meskipun dia meninggalkan dunia hiburan selama dua tahun lamanya,

Kerana tiada orang lain yang seperti Lee Kwang-soo. Selepas ‘Running Man’, semua tidak dapat melihat keserasian antara Lee Kwang-soo dan Yoo Jae-suk, jadi bukankah mereka akan menyukainya. Ternyata, kita mendapat respon kerana Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo.

lee kwangsoo yoo jaesuk

Jelasnya dengan lebih mendalam,

Situasi dan format yang berbeza dari ‘Running Man’ membuatkan personaliti berbeza dipaparkan. Sejak saya tinggalkan ‘Running Man’ pada 2014, ini kali pertama saya bertemu mereka dalam 8 tahun lantas terdapat pemahaman dan keserasian yang hebat. Yoo Jae-suk sangat banyak idea, dan Lee Kwang-soo sangat hebat, dan menonjolkan keserasian yang lebih berkembang.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...