Ikuti Kami:

“Saya Selalu Menghubunginya” – Yoo Jaesuk Usik Kim Jongkook Dengan Yoon Eunhye

“Saya Selalu Menghubunginya” – Yoo Jaesuk Usik Kim Jongkook Dengan Yoon Eunhye

Yoo Jae-suk memang terkenal kerana sering mengusik Kim Jong-kook mengenai ‘love line’ yang melibatkannya. Kalau tak Song Ji-hyo, mesti nama Yoon Eun-hye yang meniti di bibir.

Terbaru, Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk telah menziarahi rumah Kim Jong-kook bagi menyertai salah satu video untuk saluran ‘GYM Jongkook’.

Semasa sedang bersembang, lelaki berbadan sasa itu mempelawa mereka untuk menjamah ramen yang sedang dimasaknya. Seloroh Yoo Jae-suk,

Kenapa tak letak lada sulah?

Jawab lelaki itu,

Saya tak letak kalau tiada Song Ji-hyo, saya hanya mengikuti citarasanya.

yoo jaesuk kim jongkook

Semakin  panjang usikan itu, Kim Jong-kook meminta Yoo Jae-suk supaya berhenti menyebut mengenai wanita tersebut.

Marah pengacara No 1 Korea berkenaan,

Dia pun tak bagi saya menyebut mengenai orang itu.

Kim Jong-kook nyata terkejut mendengar nama berkenaan dan menafikannya. Walaupun suara Yoo Jae-suk dimatikan semasa menyebut ‘nama’ itu, ramai menebak bahawa lelaki berkenaan mengungkap mengenai Yoon Eun-hye.

Mereka kemudiannya bertelagah kerana Yoo Jae-suk yang secara tiba-tiba menyebut mengenai wanita berkenaan. Kata Kim Jong-kook,

Hentikannya, jangan buat lagi.

yoo jaesuk

Pun begitu, Yoo Jae-suk tetap menyambung,

Saya kadang-kadang menghubunginya. Kami ada berhubung.

Mendenarkan pengakuan itu, Kim Jong-kook sekali lagi memarahi Yoo Jae-suk kerana mengungkap perkara yang tidak perlu dinyatakan.

Syoklah Yoo Jae-suk mengusik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...