Utama Rancangan Hiburan “Kami Suruh Kahwin Ke?” – Diusik Yoo Jaesuk, Kim Jongkook Marah Asyik...

“Kami Suruh Kahwin Ke?” – Diusik Yoo Jaesuk, Kim Jongkook Marah Asyik Dikait Dengan Song Jihyo

kim jongkook song jihyo

Di mana sahaja ada peluang, pasti Yoo Jae-suk akan cuba memadankan Kim Jong-kook dengan Song Ji-hyo.

Baru-baru ini, saluran ‘GYM Jongkook’ telah memuat naik bahagian kedua bersama tetamu rapat Kim Jong-kook iaitu Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk.

Dalam episod ini, lelaki berbadan tegap itu cuba memasak ramen untuk kedua-dua abangnya itu. Semasa sedang memanaskan air, katanya kepada mereka,

Nak makan kimbap tak? Adik saya (staf) membawanya.

Usik Yoo Jae-suk,

Kenapa Eun-jeong nak bagi kimbap pada awak pada hujung minggu?

yoo jaesuk ji sukjin kim jongkook

Balas lelaki itu,

Dia membuat sendiri dan membawanya dari rumah. Sebab saya tinggal berseorangan, kadang kala dia turut memberikan buat saya.

Tanya Yoo Jae-suk sangsi,

Betul ke Eun-jeong? Bukan Ji-hyo?

Tambah Ji Suk-jin pula,

Ada wanita membawa kimbap buat awak, mungkin bukan Eun-jeong.

yoo jaesuk ji sukjin kim jongkook

Yoo Jae-suk kemudiannya terperasan lilin bernombor 27 dan terus menimbulkan spekulasi,

Awak dalam masalah. Siapa yang berusia 27 tahun?

Jawab Kim Jong-kook,

Ia adalah kek ulang tahun ke-27. Semalam sambutannya. Tak kan lah saya nak bercinta dengan wanita berusia 27 tahun?

Apabila ditanya sama ada dia meletakkan lada hitam ketika memasak ramen, Kim Jong-kook mengatakan bahawa hanya Song Ji-hyo melakukan hal itu. Usik Yoo Jae-suk apabila mendengar nada suara Kim Jong-kook,

Kami suruh awak bercinta, atau berjumpa Ji-hyo ke? Suruh kahwin ke? Awak hidup je lah seorang diri.

yoo jaesuk ji sukjin kim jongkook

Celah Ji Suk-jin pula,

Kalian berdua tak akan menjadi pun. Saya tahu, tiada peluang untuk mereka berdua bersama.

Mendengarkan kenyataan lelaki tua itu, Kim Jong-kook mengangguk bersetuju dan mengesahkan bahawa dirinya dan Song Ji-hyo tidak mempunyai hubungan istimewa.

Alaaa…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree

Leave a Reply