Nampaknya Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo bergabung sekali lagi dalam sebuah program Netflix terbaru!
Diumumkan oleh platform popular itu sendiri, kedua selebriti itu bersama pemain bola tampar Kim Yeon-kyung akan menyertai “Korea No 1” di mana mereka akan melawa pelbagai tempat No 1 di Korea dan menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, melalui kerja buruh tradisional dan bersusah payah untuk menjadi No 1 pada hari tersebut.
Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo yang mempunyai kombinasi unik dalam program hiburan bersama Kim Yeon-kyung bakal merantau seluruh Korea bagi merasai pengalaman bekerja buruh di pelbagai tempat. Dengan hubungan adik-beradik antara Lee Kwang-soo dan Kim Yeon-kyung yang sentiasa bergaduh, Yoo Jae-suk bertanggungjawab bagi menjadi ketua mereka.
Untuk pengetahuan, ini merupakan buah tangan ketiga produser Jung Hyo-min bersama Yoo Jae-suk selepas “Sugar Man” dan “Laborhood On Hire”.
Sebelum ini, terdapat gambar tersebar di mana Lee Kwang-soo dan Yoo Jae-suk memakai pakaian biru ini bersama. Selepas menjadi teka-teki peminat, akhirnya terjawab bahawa mereka bakal menyertai program baru ini.
Nantikan “Korea No 1” di Netflix nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.