Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk & Lee Kwangsoo Kembali Bergabung Dalam Program Hiburan Baru Disney+

Yoo Jaesuk & Lee Kwangsoo Kembali Bergabung Dalam Program Hiburan Baru Disney+

Nampaknya Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo akan menyertai sebuah rancangan hiburan baru tak lama lagi!

Menerusi perkongsian Disney+, laman penstriman itu akan melancarkan sebuah program bertajuk “The Zone: Survival Mission” di mana ahlinya akan ditolak masuk ke dalam ruangan virtual asing dan syaratnya hanya satu sahaja – hadapinya sahaja tanpa sebarang persoalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 디즈니+ 코리아 (@disneypluskr)

Menerusi entri itu, hos yang telah disahkan ialah Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation. Melainkan Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo yang biasa bergabung di dalam “Running Man”, ramai yang menantikan keserasian mereka bersama Yuri yang biasa menjadi tetamu rancangan popular itu.

Untuk pengetahuan, program ini diketuai oleh Jo Hyo-jin PD yang terkenal kerana menghasilkan rancangan popular seperti “Running Man”, “Family Outing” dan “X-Man”.

Setakat ini, masih belum ada tarikh tayangan yang spesifik untuk program ini.

Tak sabar nak tengok Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo bercakar kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...