Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk, Lee Kwangsoo & Kim Younkyung Papar ‘Chemistry’ Dalam Program Netflix ‘Korea No. 1’

Yoo Jaesuk, Lee Kwangsoo & Kim Younkyung Papar ‘Chemistry’ Dalam Program Netflix ‘Korea No. 1’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat kemeriahan Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Kim Youn-kyung dalam rancangan hiburan Netflix “Korea No. 1”.

Untuk pengetahuan, “Korea No. 1” akan mengikuti ahli pergi melawat pelbagai tempat No. 1 di Korea dan menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, melalui kerja buruh tradisional serta bersusah payah untuk menjadi No. 1 pada hari tersebut.

Pada 23 November, “Korea No.1” telah mengadakan sidang akhbar yang dihadiri Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo, Kim Youn-kyung, pengarah Jung Hyo-min dan juga Kim In-sik.

Ketika sesi temu bual, pengarah berkongsi sebab dia ingin menghasilkan rancangan hiburan ini. Jelasnya,

Dalam masa K-pop dan K-drama semakin mendapat perhatian hari ini, kami ingin memberi perhatian kepada Korea sendiri. Memandangkan ia adalah budaya yang biasa kepada kami, kami mendekatinya dengan cara yang mesra dan biasa. Saya fikir kami akan menunjukkan pelbagai aspek Korea melalui kerja keras tiga ahli.

netflix korea no 1

Untuk pengetahuan, ini adalah kerjasama ketiga Yoo Jae-suk bersama pengarah Jung Hyo-min, selepas “Two Yoo Project Sugar Man” dan “Laborhood on Hire”. Kongsi Yoo Jae-suk sebab dia ingin menyertai program ini,

Saya banyak bercakap dengan pengarah tentang rancangan ini, dan apabila saya mendengar tentang ‘Korea No. 1’, saya fikir ada sesuatu yang istimewa mengenainya yang saya tidak pernah lihat di tempat lain.

Tambah Yoo Jae-suk lagi,

Saya mahu mempelajari budaya Korea dengan lebih mendalam melalui Netflix, dan saya benar-benar mahu melihat Lee Kwang-soo dan Kim Youn-kyung dalam rancangan yang sama. Kim Youn-kyung juga nakal seperti Lee Kwang-soo. Mereka sangat serupa bahkan  ketinggian dan saiz kaki mereka juga sama.

netflix korea no 1

Dalam pada itu, program “Korea No. 1” bakal mula bersiaran pada 25 November nanti di Netflix.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...