Utama Rancangan Hiburan Yoo Jaesuk Kongsi Sebab Tak Akan Muncul Dengan Isteri Dalam Program Sama

Yoo Jaesuk Kongsi Sebab Tak Akan Muncul Dengan Isteri Dalam Program Sama

yoo jaesuk na kyungeun

Meskipun banyak kali disebut namun iseri Yoo Jae-suk, Na Kyung-eun lebih selesa menjauhi daripada perhatian ramai.

Dalam episod terbaru “PLAYou”, Yoo Jae-suk telah berkongsi sedikit cerita mengenai isteri kesayangannya.

Menerusi tayangan khas “Finding The Lucky Tree”, pengacara itu perlu mencari ‘soulmate’ atau pasangan bagi bersama-sama mencari pokok bertuah itu. Penonton yang turut menyertai siaran langsung itu telah meninggalkan komen usikan yang membuatkan Yoo Jae-suk tertawa seperti,

Awak di sini ke, Na Kyung-eun?

yoo jaesuk na kyungeun

Jawab lelaki tersebut,

Na Kyung-eun tak akan datang. Dia selalu berkata, ‘Sekiranya saya muncul di TV, ini adalah pengakhiran untuk awak.’

Sekaligus membuktikan bahawa Na Kyung-eun tidak mahu muncul sebagai musuh Yoo Jae-suk di dalam program hiburan.

Memang bertelingkah seperti suami isteri sejati!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...