Ikuti Kami:

“Yoo Jaesuk Banyak Kali Guna Nama Saya” – Yoon Eunhye

“Yoo Jaesuk Banyak Kali Guna Nama Saya” – Yoon Eunhye

Ramai yang teruja apabila Yoo Jae-suk dan Yoon Eun-hye akhirnya bertemu dalam program “How Do You Play”.

Setelah menjalani beberapa sesi uji bakat, akhirnya projek WSG Wannabe telah mendedahkan peserta mereka iaitu Navi, Lee Bo-ram, Kota, Park Jin-joo, Cho Hyun-ah, SOLE, So-yeon, Uhm Ji-yoon, Kwon Jin-ah, HYNN (Park Hye-won), Jung Ji-so serta Yoon Eun-hye.

yoon eunhye

Bagi memberi sokongan buat Yoon Eun-hye, ucap CEO agensinya buat Yoo Jae-suk,

Yoo Pal-bong (Yoo Jae-suk), tolong bertanggungjawab untuk meloloskan dia daripada kehidupan solo ini.

Jelas Yoon Eun-hye, CEO agensinya berkata begitu kerana Yoo Jae-suk selalu menggunakan namanya jadi dia menantikan pertemuan ini.

yoo jaesuk

Ulasnya mengenai CEO itu,

Dia sangat tegas dan bersifat keibuan. Dia menghubungi saya selepas uji bakat dan menangis. Kami teresak-esak bersama-sama.

Dalam pada itu, Yoon Eun-hye mengatakan bahawa dia teruja dengan projek ini memandangkan dia merupakan yang paling tua sementelah dia biasanya yang paling muda semasa aktif sebagai anggota Baby V.O.X dahulu.

Nantikan WSG Wannabe!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...