Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk, Kim Goeun & PSY Tampil Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Korea

Yoo Jaesuk, Kim Goeun & PSY Tampil Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Korea

Korang mesti dah dengar yang Korea sekarang ini sedang dilanda banjir kan? Benda yang tak dijangka-jangka terjadi. Ramai juga yang terkesan akibat banjir tersebut, namun beberapa artis Korea tidak terlepas daripada menghulurkan bantuan semampu mereka.

Akibat daripada bencana alam tersebut, kita dapat lihat bagaimana artis-artis Korea juga antara yang turut mengambil berat akan keadaan penduduk yang terkesan. Ramai artis yang memberikan bantuan secara sukarela dan ikhlas terhadap mangsa-mangsa, dan antaranya ialah, Yoo Jae-suk, PSY dan Kim Go-Eun.yoo jaesukMenurut sumber daripada Persatuan Bantuan Bencana Hope Bridge Korea, Yoo Jae-suk telah menderma sebanyak 100 juta won (RM339,927). Pihak agensi Yoo Jae-suk juga telah mengeluarkan kenyataan bagi perkara tersebut.

Selepas mendengar mengenai mangsa yang telah hilang mata pencarian mereka, dia terus menderma dengan harapan mereka yang terkesan dapat bangkit semula.

Dalam pada itu, pelakon Kim Go-eun turut memberikan bantuan dari segi kewangan untuk mangsa-mangsa yang terlibat sebanyak 50 juta won (RM170,186). Agensi Kim Go-eun, BH Entertainment turut tampil memberikan kenyataan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Kim Go-eun menderma dengan harapan ia dapat membantu mangsa-mangsa yang terkesan.

kim goeunPSY juga turut tidak terlepas daripada menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir apabila dia turut mendermakan sebanyak 100 juta won (RM339, 927). Menurut sumber, PSY turut memberikan bantuan dengan harapan agar semua mangsa yang terkesan dapat merasakan sedikit semangat untuk bangkit semula daripada kesan bencana alam ini. psyTerdapat juga artis lain yang turut menghulurkan bantuan bagi mangsa-mangsa bencana alam, antaranya adalah Kim Hye-soo, Im Si-wan, Kang Tae-oh, Yoon Sae-ah, Han Ji-min, Park Na-rae, Arin, Kang Seung-yoon, dan Park Jin-young.

Semoga mangsa-mangsa banjir akan terus kuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...