Utama Rancangan Hiburan Telatah Lee Kwangsoo & Yoo Jaesuk Dalam ‘The Zone: Survival Mission’ Imbau...

Telatah Lee Kwangsoo & Yoo Jaesuk Dalam ‘The Zone: Survival Mission’ Imbau Kenangan ‘Running Man’

lee kwangsoo yoo jaesuk

Siapa yang merindui Lee Kwang-soo dalam program hiburan, jangan risau kerana lelaki itu akan kembali di dalam “The Zone: Survival Mission” tak lama lagi.

Bakal ditayangkan di Disney+ pada 8 September nanti, program itu turut dikelola Yoo Jae-suk dan Yuri Girls’ Generation.

Terbaru, program kelangsungan hidup itu telah berkongsi satu teaser baru bagi menaikkan jangkaan peminat.

Walaupun hanya sebentar sahaja namun semua sudah tertawa melihat keserasian antara Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo.

Malah ada yang menyebut bahawa mereka terimbau kenangan dalam “Running Man” semasa Lee Kwang-soo masih lagi ahli program popular tersebut.

Tak sabar nak tonton nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...