Tahniah buat pengarah produksi “Running Man” kerana bakal berkahwin tak lama lagi!
Menurut laporan media, Choi Hyung-in yang merupakan pengarah wanita pertama untuk rancangan popular itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan CEO High Up Entertainment, Choi Jin-woo pada 7 Oktober ini di sebuah hotel di Seoul.
Bagi yang tidak mengetahui, wanita itu pernah menjadi pembantu pengarah untuk beberapa program lain sepertu “Fantastic Duo”, “All The Butlers”, “Laughing Outloud” dan banyak lagi. Manakala bakal suaminya pula merupakan pemilik syarikat kepada idola seperti STAYC dan komposer Black Eyed Pilseung selain turut pernah menjadi pengurus APINK suatu ketika dahulu.
Mereka berdua sudah dua tahun bercinta sejak tahun lalu dan membuat keputusan untuk menghabiskan hayat bersama kini.
Dalam pada itu, Yoo Jae-suk dikhabarkan akan menjadi hos majlis perkahwinan berkenaan manakala ahli “Running Man” lain serta ahli STAYC akan menghadiri majlis tersebuts ebagai tetamu penting.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.