Ikuti Kami:

“Ramai Cari Saya..” – Kang Hoon Ulas Jika Mahu Jadi Ahli Baru ‘Running Man’

“Ramai Cari Saya..” – Kang Hoon Ulas Jika Mahu Jadi Ahli Baru ‘Running Man’

Bermula sebagai pelakon, Kang Hoon akhirnya semakin popular dalam kalangan produksi program hiburan Korea kini.

Sejak popular menerusi drama “The Red Sleeve”, lelaki itu kerap muncul dalam rancangan hiburan seperti “Running Man” dan sebagai hos tetap “Couriers In Mongolia” kini.

Dalam temubual eksklusif, lelaki itu meluahkan rasa terima kasih atas penerimaan ramai terhadapnya. Malah dia menjawab sekiranya ada keinginan untuk menyertai program hiburan secara berterusan,

Saya sangat bersyukur kerana ramai yang mencari saya. Saya sentiasa mahu menjadi pelakon. Jika saya mempunyai masa lapang selama satu atau dua bulan antara projek, saya dengan senang hati akan mengambil bahagian dalam program realiti. Saya telah menonton banyak program realiti sejak kecil, jadi saya sentiasa bersyukur dan bersemangat untuk menyertainya.

kang hoon

Bukan itu sahaja, Kang Hoon mengakui bahawa ibu bapanya turut gembira melihat sokongan ramai,

Ayah saya sangat memberi sokongan, dan sebenarnya ia membuat saya merasa tenang. Dia menghantar artikel-artikel mengenai saya dan memberi perhatian kepada reaksi penonton.

Kang Hoon comel kan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...